Friday, December 23, 2011

kelas tambahan

sedang orang lain merancang nak pulang ke kampung dan berseronok seronok
aku ada class tambahan pulak isnin ni
aduhai

apa boleh buat
aku yang cari pasal sambung belajar kan
hadap je laaa

uhuk! uhuk! uhuk!
Demi masa depan...

seram sejuk - its final countdown

Final exam nak dekat dah sangat ni
tinggal berapa hari je lagi

4/1 - tarikh ni tak boleh tahan, tak boleh aku nak enjoy langsung sambut new year
14/1 - sekali tengok dah macam nak valentine day pun ada, cemassss

Tuesday, December 20, 2011

tak lama lagi nak final exam dah!

tinggal beberapa hari je lagi nak final exam utk sem ni
aduh
tak keruan aku
semua macam serba tak kena

dengan kejadian pensel box aku hilang ada thumbdrive 8gb, ada student card, ada alat tulis yang mahal2 tu... adeh
dah bukan rezeki aku kot, dia dah jadi rezeki orang lain, aku redho
aku anggap aku sedekah jer

pernah dengar tak?

kalau kita sedekahkan barang yang paling kita sayang pahala dia amatla besar

wish aku good luck and the paling paling best

Thursday, November 24, 2011

assignment lagi ims556

tak reti dah nak rajin rajin ni
ada lagi assignment nak kene buat ni
benefits of iclass

Pengsan! Kebabooomm!

Sunday, November 20, 2011

Assignment website review ims556


Tengah siapkan assignment website review sikit lagi
Malam ni kena hantar yo

Tengok tu bekalan makan sambil layan assignment

Send from phone

Friday, November 18, 2011

assignment lagi kedek!! ims556

tak habis-habis dan tak sudah-sudah buat assignment
la ni aku kena buat assignment website review
mende jadah tu
tak pernah aku buat sebelum ni menatang ni

sapa reti share ngan aku sat!

yg ni due date 20hb yo

ada lagi satu lagi yang dah standby

due date dia 27hb
yg tu macam senang sikit
buat slide je

i'll do my best!

Wednesday, November 16, 2011

soalan untuk hari ini - IMS556

jom kita tengok soalan
soalannya ialah


Thomas Kilmann 7 styles of conflict management are avoidance, compromise, competition, collaboration, accommodation, cooperation, and assertion.


Question:
Define conflict management, and discuss in detail each style of conflict management as listed above. Provide a real life scenario to help you explain each style.

sapa boleh jawab??

Sunday, November 13, 2011

ctu553 ust mohd nor mamat

Tengah test yo!

Send from phone

ims556 pn norizan ganti

Tengah class ni yo!
Actually yang mengajar ni lecturer ganti
Pn Norizan
First time aku jumpa dia ni

Send from phone

Saturday, November 12, 2011

pertandingan teka logo adidas

haha
aku memang tengah stress ni lantas aku nak menganjurkan pertandingan meneka logo adidas

berikut adalah logo adidas yang diambil dari internet
sila teka yang manakah logo adidas yang digunakan semasa piala dunia ke 2?






"fikir biar sampai ke negara china"

aku masih berassignment dengan nokia n9

dalam mimpi!!
pagi ni gigih bangun pukul 730 nak sambung balik buat assignment
hari ni kira last date untuk aku buat print binding
adehai!

mana m. daud kilau tika ini ketika aku perlukan hiburan?
aduhhhhhh, kemana saja la m. daud kilau cek mek molek ni hahai!

tengah-tengah buat assignment tiba-tiba hujan pun turun
oleh kerana tindakbalas automatik mata aku pun jadi slow
nak tertutup tutup je mata ni ha
ha ha hampeh betul

lantas untuk tak bagi mata ni tidur semula aku jalan-jalan dekat internet
pastu ternampak gambar nokia n9 ni la

timbul idea
cam menarik
kalau aku buat assignment pakai nokia n9 ni siap tak agak-agak?
aku tak payah nak on komputer
buat dekat tepon nokia n9 ni je kan
makan nokia, tidur nokia, jeng jeng jeng pun nokia
lantak korang la nak letak apa pun kat part jeng jeng jeng tu

ok tak nokia n9 ni?


Thursday, November 10, 2011

siap dah 556, tinggal lagi 2


lega la dah siap 1 assignment lagi
dah hantar pun
tinggal lagi 2 lagi nak siapkan
yang 1 tu group assignment
dah separuh kerja
dah separuh aku buat, lagi separuh lagi partner aku buat

yang lagi satu tu aku kene membaca 8 artikel dulu then baru buat summary dalam 8 pages
pengsan oh!

masih lagi berassignment

gila la
tak sudah2 aku ngadap assignment ni
due date 13 november untuk kesemua assignment
2 dah siap, tinggal lagi 2

hohoiiii!

Tuesday, November 8, 2011

masa untuk sambung semula assignment yang tergendala
aku decide cuti raya haji 2 hari lepas ni sebagai hari merdeka
bukan aku tak nak buat tapi keadaan sekeliling tak mengizinkan
banyak naw halangan

so hari ni kene pulun balik assignment yang tertinggal ni bagai
aku ingat nak list jugak list assignment aku tu kat sini
tapi bila fikir balik kalau aku tengok balik list tu aku jadi lagi stress pulak kang
seeloknya aku buat 1-1 tenang dan confident sket

apa2 hal pun sebelum start minum dulu

hari ni punya nescafe tak berapa nak masyuk la
agaknya orang lain yang buat
bukak kak jah yang buat
kak jah masih beraya lagi kot
nampak gaya mmg tak abis

Saturday, November 5, 2011

super student

berjela-jela assignment tu nak kene buat

dah macam apa dah aku rasa ni
macam professor ni
pagi ni bangun bangun tak boleh nak relek sangat
sambung siapkan assignment yang smalam tu sikit
kena buat slide pulak
boleh aku lupa
semalam dah siap conclusion dah bergembira dah macam menyambut kemerdekaan
elok tanya member bagitau dah siap sekali member tu kata aku sikit lagi ni
tinggal nak buat slide

hah! slide? celah mana pulak datang slide ni
sudahnya pagi ni baru sambung buat slide tu pasal malam tadi drive dari usj pegi ampang teramatla jem kat mrr2 tu

so lepas dah siap buat slide continue buat assignment IMS556 pulak

Bismillah...

Friday, November 4, 2011

sakit jiwa

nak buat assignment kene skrin besar baru senang
ni la assignment article review
ada lagi article review yang aku nak kene buat ni
aku macam perlukan skrin lagi besar
boleh support 5 pages sekaligus lagi bagus!
ada sapa nak pinjamkan?


jangan nak pk pelik2 ye
aku boleh dikatakan sangat stress dalaman tapi luaran still maintain riak wajah aku ni
nampak tenang je, nampak happy je, nampak macam nak beraya je kan
tapi hakikatnya dalaman aku amat berat, takut, gementar, gelecek semua ada

assignment punya pasal
aku rasa makin hari makin pasrah aku
banyaknye la assignment
dah macam nak ambik PhD pulak aku rasa
dah macam professor dok mengarang ayat sana sinun

terasa hebat pun ada juga bila aku skroll atas baca balik apa yang aku tulis
lantak!

due date: 13 November

tu belum lagi aku cerita pasal nak test lagi ni

aaah!

Tuesday, August 16, 2011

back to school


berdebar debar pun ada
nak muntah pun ada
nak berenti pun ada ni!

senggugut apa semua mai.... tengok la subjek tu semua 3 kredit

cooooobaaaaaannnnnnn!!

Thursday, April 7, 2011

progress

sekarang ni tengah nak menyiapkan 2 assignment besar dan 1 assignment kecik

yang besar ni yang aku tengah nak kejar ni
assignment utk subjek imr451 rekod dengan ims457 multimedia

tengah pulun ni


yang rekod tu tengah pulun menaip
yang multimedia tu tengah pulun buat casting dengan storyboard

doakan yang terbaek!


sambil2 tu meh jengok apa jadik kat ayam hitam kak limah

Monday, April 4, 2011

lega dah

lega dah class habis smalam
tapi rupanya tak berapa nak lega sangat lah

ims502 punya test 2 ok dah lepas dah
siap, assignment 1 pun dah pass up
skali ada assignment 2 nak kene buat pulak ni

yang imr451 pun lega dah test
tapi tak berapa nak puashati sebab tak dapat jawab semua soalan, masak la aku macam ni

pun sama jugak, imr451 ni ada assignment 2 yang nak kena hantar 10hb ni
tinggal berapa hari je lagi ni

10hb ni ada class lagi
ims457 multimedia buat presentation individu dengan group, fuh!

tak boleh nak relax2 lagi
kena kerja keras lagi ni sampai 10hb ni
adeh!!

Sunday, April 3, 2011

ahad adalah harinya!

pagi esok penentu
assignment yang patut nak kena submit esok semua dah ok
cd pun dah settle




tinggal lagi nak menghantar
and jawab test utk subjek ims502 dgn imr451

doakan yang terbaik!

Saturday, April 2, 2011

hari study sedunia

hmmm hari ni aku memang tak boleh nak keluar pergi mana2
tapi kalau aku keluar jugak maknanya kira macam escape la kan
macam masa zaman duk asrama dulu2
heheh

escape

ok, hari ni aku nak kena siapkan article review
lepas tu nak kena membaca utk ada 2 test esok

hari ni macam nak pergi makan dekat chillis
tengok la dapat ke tak

hati tak tenang

Friday, April 1, 2011

tengah gigih ni

dan ni la hasilnya sedikit sebanyak
aku pun tak tau betul ke tak ni
tapi nampak dan rasa macam betul je ni
ni output dari spss
tak tau la betul ke tak ni sebab aku memang takde pengalaman pakai spss ni
ni 1st time usik

harap2 betullah ni


yang ni utk subjek ims502 ye
yang ni topic descriptive statistics

so dari mana aku dapat buat ni
aku buat rujukan dari sini je
baca dekat 10 kali selak2
pastu jalan2 jap carik idea
doa2 sket
then rasa macam dapat dah jawapan macam output yang kat atas yang lebih meyakinkan
kalau ikut 1st jawapan
bayangkan chart2 tu dia keluar asing2
now dah bercamtum
rasa macam betul je


sapa yang kot2 la nak beli buku ni tunggu lagi sebulan
buku ni untuk dijual

saat-saat genting

ahad ni nak class dah
tinggal 2 benda je lagi nak siap
assignment

yang 1 tu ims502 dah siap cuma tinggal nak ejas sket2 and verify balik

pastu lagi satu yg imr451 pun dah 50%

sikit lagi.... come on!

Wednesday, March 30, 2011

questionnaire ims502 siap

lega seh questionnaire tu dah siap
tinggal nak tunggu approval and distribute le lagi ni
harap2 lecturer aku yang sorang ni cepat2 la bukak emel dan reply balik emel aku tu
cepat dia reply cepat la aku buat keje

ok, ni sekarang benda yang aku still pending nak kene buat lagi ni

-article review, test 2 imr451
-exercise, test 2 - pasal skewness dgn kurtosis ims502

phew!

tolong doakan aku sukses test ni dan senang aku nak siapkan segala bagai assignment yang nak kene buat dengan keadaan yang macam2 nih

dugaan epjj camni lah
pandai2 ko nak idup

tolong doakan yg baik2 yeh!

toce

Monday, March 28, 2011

aku perlukan semangat dan motivasi!

ahad ni last class aka last seminar
tapi assignment banyak lagi in progress (konon2 in progress padahal tak start pun lagi, ayat nak sedapkan hati dan mata memandang)
masak la aku macam ni

ada aku kena buat questionnaire ni nak kene hantar report kot by ahad ni
questionnaire ni pun satu nak kena distribute lagi
tapi kan kan kan, lecturernya tak verify lagi, tak kasi approval lagi
macammana aku nak start ni? masak camni

aku rasa nak bertukar jadi hijau dah ni
rasa nak nyorok bawah tempurung pun ada
hampeh!

then ada 1 projek multimedia individu pasal diri sendiri
ni pun satu hal jugak ni pakai macromedia director
nampak macam senang je tapi sebenarnya multimedia ni leceh beb
ko kene edit2 lagi pastu baru masukkan multimedia
walaupun kena buat cuma 10 slide je
tapi dengan macam2 benda nak kene buat rasa macam mustahil je nak siap b4 ahad ni

sekali lagi hampeh laaaa, hampagas semua nak keluar ni

hmmmm

tengok la camne nanti

kalau ada sapa2 nak share macammana nak naikkan semangat atau nak naikkan motivasi silakan la sangat2 bagi kat aku ni
aku in needed sangat nih!

Wednesday, March 23, 2011

nak muntah

nak muntah dah aku ngadap assignment, projek report apa ni semua
letih sangat rasa

adoi, tolong kasik semangat

Monday, March 21, 2011

projek multimedia individu

tengah gigih nak menyiapkan projek individu multimedia
kena buat pasal diri sendiri
minimum 10 slide
macam senang tapi kalau dah multimedia ni banyak keje buat tapi hasilnya baru secoet
adeh

tengah gigih nak membuat ni
harap2 bagi la aku semangat!

individu kena buat, yang group pun nak kena buat

Sunday, March 20, 2011

and another day

Abis sudah class untuk hari ni
Agak mencabar class hari ni
Class nonstop dari 8.30 sampai 4, no lunch break

Pukul 12 sampai 2 kena buat presentation 2. Lega dah settle, harap2 dpt la markah yg bagus

Lpas abis presentation terus ada test utl ims457 pulak. Adeh. Boleh jwb kot test tadi. Harap2 yg ni pun mark ok

Penat, letih!