Saturday, June 20, 2009

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA UiTM (ePJJ)

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA UiTM (ePJJ)

1.0 PROGRAM YANG DITAWARKAN
Program Pengajian Separuh Masa yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah program Pendidikan Jarak Jauh Elektronik (ePJJ).

2.0 MASA KULIAH
Kuliah dijalankan sebanyak 4 kali sepanjang semester. Kuliah diadakan pada hari Ahad bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 6.00 petang, bergantung kepada jumlah subjek yang diambil.

3.0 PEPERIKSAAN
Semua pelajar adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan-peraturan peperiksaan universiti. Peperiksaan dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan April dan Oktober. Peperiksaan berjalan serentak dengan peperiksaan bagi pelajar sepenuh masa. Kertas-kertas soalan yang sama seperti yang diberikan kepada pelajar-pelajar sepenuh masa.

4.0 YURAN DAN BAYARAN
Kenyataan mengenai yuran yang perlu dibayar akan dihantar kepada calon yang berjaya semasa tawaran kemasukkan dibuat kepada pelajar ePJJ. Pelajar dikenakan bayaran-bayaran tertentu mengikut semester, dan kadar bayaran adalah tertakluk kepada perubahan dan pindaan yang diputuskan oleh Lembaga Pengarah UiTM dari semasa ke semasa.

5.0 MENARIK DIRI
Penarikan diri secara rasmi dari Universiti dalam masa 14 hari selepas tarikh pendaftaran rasmi membolehkan seseorang pelajar ePJJ mendapat sebanyak 80% daripada yuran pengajian. Pemulangan tidak akan dibuat selepas tarikh ini.

6.0 IKLAN DAN BORANG PERMOHONAN
Iklan bagi pengambilan pelajar baru ePJJ akan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan pada bulan Februari/Mac untuk pengambilan semester Mei dan pada bulan Ogos/September untuk pengambilan semester November setiap tahun.

7.0 SURAT PENGESAHAN MAJIKAN
Setiap permohonan dikehendaki menyertakan surat pengesahan bekerja yang dikeluarkan oleh majikan sekarang. Surat pengesahan ini hendaklah mengandungi tarikh anda mulai bekerja, nama jawatan dan bidang tugas serta lain-lain maklumat.

8.0 BANGSA/KETURUNAN IBU BAPA
Bangsa ibu dan bapa yang anda berikan dalam borang permohonan mestilah seperti mana tercatat di Sijil Kelahiran. Permohonan akan ditolak sekiranya tiada persamaan antara keterangan yang diberikan dalam borang permohonan dengan apa yang tercatat di dalam Sijil Kelahiran.